2 – 5 Mac 2026 — Bersempena dengan bulan Ramadhan 2026, Sekolah Perdagangan, Politeknik Brunei telah melaksanakan program kebajikan SBS Cares – Rezeki Dikongsikan dengan menyampaikan sumbangan berupa barang-barang makanan asasi kepada 20 keluarga yang memerlukan.

Pengagihan sumbangan ini telah dijalankan bermula 2 Mac 2026 hingga 5 Mac 2026 dengan penglibatan para tenaga pengajar Sekolah Perdagangan Politeknik Brunei yang turun padang bagi menyampaikan bantuan secara langsung kepada penerima.

Program ini merupakan hasil sumbangan dan sokongan warga Sekolah Perdagangan, Politeknik Brunei yang bersama-sama berkongsi rezeki demi membantu meringankan beban masyarakat, khususnya sepanjang bulan Ramadhan.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal kebajikan dan membawa keberkatan kepada semua.