
1 April 2026 – Majlis Penyerahan Tugas Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Brunei bagi sesi 2024/2025 kepada sesi 2025/2026 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Rabu, 1 April 2026 bersamaan 12 Syawal 1447H, bertempat di Dewan Auditorium, Bangunan Tambahan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Pemangku Penolong Pengarah (Akademik), Cikgu Rahimah binti Haji Mohidin.
Majlis ini menandakan peralihan kepimpinan daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2024/2025 kepada barisan baharu bagi sesi 2025/2026. Dalam majlis tersebut, penghargaan setinggi-tingginya dirakamkan kepada barisan terdahulu atas dedikasi, komitmen, dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
Tahniah turut diucapkan kepada barisan kepimpinan baharu yang akan menggalas tanggungjawab sebagai wakil dan suara para pelajar. Diharapkan agar kepimpinan baharu ini akan terus berusaha memperkukuhkan perpaduan, memperkasa kebajikan pelajar, serta menyumbang kepada pembangunan komuniti Politeknik Brunei secara berterusan.





