
September 2025 – Politeknik Brunei telah menyertai Perarakan Maulud Nabi Muhammad SAW sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Rombongan turut diketuai oleh Pemangku Pengarah Politeknik Brunei, Yang Mulia Pg Dr Saiful Baharin bin Pg Haji Duraman, bersama pegawai, pensyarah, dan pelajar Politeknik Brunei. Kehadiran ini melambangkan komitmen institusi dalam memupuk kecintaan kepada Rasulullah SAW serta memperkukuhkan semangat ukhuwah dalam kalangan warga institusi dan masyarakat.
Penglibatan warga Politeknik Brunei dalam perarakan ini terus menyemarakkan syiar Islam serta menanamkan nilai-nilai murni yang menjadi asas dalam melahirkan generasi berakhlak mulia, berilmu, dan berbakti kepada agama, bangsa, dan negara.






