
13 Julai 2026 – Politeknik Brunei berbesar hati menerima lawatan kerja daripada Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Timbalan Menteri Pendidikan, ke Kampus Lumut. Lawatan tersebut bertujuan untuk meninjau perkembangan serta operasi Politeknik Brunei di Kampus Lumut, di samping mendapatkan gambaran mengenai kemudahan, persekitaran pembelajaran dan pelaksanaan pendidikan serta latihan yang ditawarkan kepada para pelajar.
Lawatan ini turut menjadi platform bagi pertukaran pandangan dan perbincangan mengenai usaha berterusan dalam meningkatkan kualiti pendidikan teknikal dan vokasional, pembangunan kemahiran pelajar serta penyediaan graduan yang kompeten dan bersedia memenuhi keperluan semasa industri dan negara. Kehadiran Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan juga mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan dalam meninjau dan menyokong perkembangan institusi pendidikan teknikal dan vokasional di Negara Brunei Darussalam.





