
15 Mac 2025 — Politeknik Brunei pagi hari ini telah mengadakan Majlis Khatam Al Quran Dan Tahlil Bagi Pegawai-Pegawai, Kakitangan Dan Pelajar-Pelajar Politeknik Brunei Pengambilan Ke-14 Sempena Bulan Ramadan 1446h di Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong.
Tujuan Majlis Khatam Al-Quran ini diadakan ialah untuk memertabatkan Al-Quran sebagai dasar segala ilmu disamping mengambil sukut barakah Wahyu Allah. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Pengiran Dr. Saiful Baharin bin Pengiran Haji Duraman, Pemangku Pengarah Politeknik Brunei.
Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Bahagian/Pusat dan Sekolah-Sekolah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai – pegawai, Pensyarah-pensyarah dan kakitangan, Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Brunei dan pelajar-pelajar pengambilan ke-14.










