
13 September 2025 – Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW anjuran Unit Pendidikan Islam, Bahagian Pengajian Am dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah diadakan di One Stop Centre, Aras 2, Condominium Ong Sum Ping, Politeknik Brunei. Program dimulakan dengan ceramah oleh Ustaz Awang Muhammad Waqiyuddin Fakhri Bin Haji Damit, Pengasas Syarikat Sofwah, mengenai kepribadian serta teladan Rasulullah SAW.Majlis kemudiannya diteruskan dengan alunan dikir yang meriah, disertai oleh warga staf dan pelajar, mencerminkan semangat ukhuwah dan kecintaan kepada Baginda, serta mengukuhkan penghayatan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.






