Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada warga Politeknik Brunei yang telah menerima pengiktirafan melalui penganugerahan Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.) bagi tahun 2024 bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-78 Tahun, yang telah diadakan pada hari Khamis, 3 Zulkaedah 1446 bersamaan 1 Mei 2025, bertempat di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman.
