PEMBATALAN BUKU-BUKU RESIT

Dengan hormat sukacita pihak Politeknik Brunei ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa buku resit dengan nombor siri seperti berikut telah dibatalkan dan tidak lagi sah untuk digunakan:

  1. Bilangan Resit: 1751-1800
  2. Bilangan Resit: 5651-5700

Jika menerima atau mendapati resit dengan nombor siri yang dinyatakan, sila laporkan segera kepada Bahagian Kewangan, Politeknik Brunei melalui kedua-dua medium iaitu emel finance@pb.edu.bn dan talian hotline: 7174466.

Oleh yang demikian resit-resit dengan nombor siri di atas tidak lagi diiktiraf sebagai dokumen pembayaran rasmi Politeknik Brunei dan tidak akan diterima sebagai bukti sebarang pembayaran.

Untuk makluman dan perhatian selanjutnya:

  • Semua urusan pembayaran hendaklah dilakukan sama ada melalui Kaunter Pembayaran, Bahagian Kewangan Politeknik Brunei, Ong Sum Ping atau secara atas talian ke akaun Tabung Politeknik Brunei.
  • Bagi pembayaran sebarang hasil Tabung Politeknik Brunei, resit rasmi yang digunakan pada masa ini mempunyai nombor siri yang berlainan daripada yang dinyatakan di atas dan ianya adalah dokumen janaan komputer. Oleh itu, sila pastikan semua transaksi disahkan dan mendapatkan resit yang sah sebagai bukti pembayaran.

Sekian disampaikan.

Bahagian Kewangan

Politeknik Brunei

CANCELLATION OF RECEIPTS BOOKS

In regard to the above-mentioned subject, Politeknik Brunei wishes to inform the public that receipt books with the following serial numbers have been made obsolete and will no longer be valid for future use:

  1. Receipt Number: 1751-1800
  2. Receipt Number: 5651-5700

If any party happens to receive or obtain a receipt with the specified serial numbers, please report immediately to the Finance Division, Politeknik Brunei via e-mail at finance@pb.edu.bn and the Finance Division hotline at 7174466.

Henceforth, receipts with the above serial numbers will no longer be recognised as one of the official payment documents for Politeknik Brunei and will not be accepted as proof of any payment.

For further information:

  • All payment transactions must be made either through walk-in payment at the Payment Counter of Finance Division, Politeknik Brunei, Ong Sum Ping or online via Tabung Politeknik Brunei account.
  • For receipts of payments concerning any proceeds for Tabung Politeknik Brunei, the official receipts currently in use are computer-generated documents and will consequently be marked with a different serial number than those stated above.  Hence, please ensure that all transactions are verified and a valid receipt is obtained as proof of payment.

Regards.

Finance Division

Politeknik Brunei