• POLITEKNIK BRUNEI MENERIMA SUMBANGAN WAKAF BUKU PERIBADI

     

  • Selasa, 29 Safar 1438 / 29 November 2016

     

    Politeknik Brunei, pada pagi ini, telah menerima sumbangan wakaf buku-buku peribadi daripada Yang Mulia Cikgu Haji Azaman bin Haji Suleiman, Pengarah Urursan QG Technologies Sdn. Bhd. Sumbangan buku-buku peribadi tersebut telahpun diterima oleh Yang Mulia Awang Alias bin Haji Abu Bakar, Pemangku Penolong Pengarah Politeknik Brunei di Bilik Perpustakaan Kampus Utama Ong Sum Ping, Politeknik Brunei. Yang Mulia Awang Denis Ho Mun Tai, Pengarah Politeknik Brunei seterusnya menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Yang Mulia Cikgu Haji Azaman sebagai tanda penghargaan atas sumbangan tersebut. Antara sumbangan wakaf buku-buku tersebut adalah koleksi buku-buku teknikal peribadi Yang Mulia Awang Haji Azaman iaitu hasil simpanan beliau. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Computer and Information Technology semasa di Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal.

     

     

    Dengan adanya sumbangan buku-buku tersebut, adalah diharapkan:

     

    • • Koleksi buku-buku yang ada di Perpustakaan Politeknik Brunei akan bertambah dan dipelbagaikan;
    • • Menjadi bahan bacaan dan rujukan bagi pengongsian ilmu dan kepandaian yang ada kepada warga   dan generasi Politeknik Brunei dan yang lain;
    • • Memperolehi bahan tertentu yang tidak lagi ada dalam simpanan toko buku, agen dan penerbit; dan
    • • Mengembangkan kerjasama yang baik dengan agen, institusi dan orang perseorangan.

     

    Turut hadir di majlis penerimaan sumbangan wakaf buku-buku tersebut adalah Yang Mulia Dayang Hajah Norsenah binti Haji Mohd Nasir, Ketua Jabatan Pembelajaran dan Perpustakaan dan beberapa pegawai utama Politeknik Brunei.

     

     

    Antara objektif utama Jabatan Pembelajaran dan Perpustakaan, Politeknik Brunei adalah:

     

    • • Memperoleh dan membangunkan koleksi Perpustakaan dalam pelbagai format sebagai menyokong     pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, penerbitan serta aktiviti di PB untuk pembelajaran   sepanjang hayat;
    • • Membantu memperkukuhkan koleksi Jabatan Perpustakaan and Pembelajaran PB dengan memberi   keutamaan kepada bahan yang sesuai dengan program PB;
    • • Membantu membangun, memperkayakan dan mempelbagaikan koleksi perpustakaan untuk   menentukan ketersediaan suatu koleksi representative dalam semua bidang perkara;
    • • Memperolehi seberapa banyak koleksi dalam semua bidang perkara melalui hadiah/sumbangan dan   pertukaran dengan bahan terbitan jabatan jabatan kerajaan, swasta dan pihak perseorangan;
    • • Mempertingkatkan hubungan dengan orang perseorangan dan institusi dalam dan luar negara ke   arah memantapkan perolehan sumber perpustakaan, dan
    • • Memantapkan koleksi yang sedia ada

     

     

     

 

search

Site Map | Terms of Use | Privacy | Disclaimer

© 2015 Politeknik Brunei. All Rights Reserved.