• PASUKAN POLITEKNIK BRUNEI A MUNCUL JUARA DI KEJOHANAN FUTSAL DI ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

  •  

    Pasukan Politeknik A muncul juara di Kejohanan Futsal di antara Institusi Pengajian Tinggi Negara Brunei Darussalam kali pertama yang dianjurkan oleh Universiti Islam Sharif Ali sempena Sambutan Mahrajan Hafl Al-Takharruj kali ke-5 universiti tersebut. Kejohanan akhir tersebut telah diadakan pada 25 Oktober 2015 lalu di Dewan Serbaguna Berakas.

     

     

    Di kejohanan futsal tersebut, Politeknik Brunei juga telah menghantar sebuah lagi pasukan, iaitu Pasukan Politeknik B, yang telah berjaya mendapat tempat ke-3 di Kejohanan tersebut.

     

     

    Di samping Kejohanan Futsal, Universiti Islam Sutan Sharif Ali juga telah mengadakan Kejohanan Bola Jaring di antara Institusi Pengajian Tinggi Negara Brunei Darussalam kali pertama. Di kejohanan tersebut, Politeknik Brunei telahpun menghantar dua buah pasukan. Pasukan Politeknik B telah berjaya mendapat tempat ke-3 di Kejohanan tersebut.

     

     

    Kejohanan-kejohanan tersebut telah diadakan bermula 23 Oktober 2015 lalu di Dewan Serbaguna, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

     

     

 

search

Site Map | Terms of Use | Privacy | Disclaimer

© 2015 Politeknik Brunei. All Rights Reserved.