• MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL-SIJIL LATIHAN BEKERJA DI POLITEKNIK BRUNEI KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI

     

     

  • Sabtu, 10 Oktober 2015

     

     

    Satu Majlis Penyampaian Sijil-Sijil Latihan Bekerja di Politeknik Brunei bagi mahasiswa dan mahasiswa daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan International Graduate Studies College (IGS) telahpun diadakan pada pagi ini di One-Stop Centre, Politeknik Brunei.

     

    Seramai 21 orang mahasiswa dan mahasiswi, iaitu 11 orang dari UBD dan 10 orang dari IGS, telah diraikan dan menerima sijil latihan bekerja masing-masing di majlis tersebut. Dalam majlis tersebut, Yang Mulia Tuan Denis Ho Mun Tai, Pemangku Pengarah Politeknik Brunei melalui kata-kata aluan beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih atas sumbangan tenaga dan buah fikiran yang telah diberikan oleh para mahasiswa dan mahasiswi tersebut semasa mengikuti latihan bekerja di Politeknik Brunei selama 3 bulan. Tuan Denis seterusnya berharap agar semua pengalaman yang didapati di Politeknik Brunei akan dapat dipratikkan dan digunakan semasa bekerja nanti serta mendoakan agar mereka akan sentiasa berjaya dalam apa jua bidang diceburi.

     

    Dalam majlis tersebut, dua orang mahasiswi daripada UBD dan IGS juga telah memberikan ucapan masing-masing. Dayang Nur Asyiqin Rabiatuladawiyah binti Hj Md Syafien sebagai wakil daripada UBD telah mencerita mengenai pengalaman kerja yang diikuti di jabatan-jabatan yang ditugaskan di bawah Politeknik Brunei. Beliau mengongsikan kegembiraan bekerja di dalam keadaan harmoni dan mereka telah banyak membantu dalam kemahiran berkomunikasi dengan para tenaga pengajar, pegawai, kakitangan dan penuntut di institusi tersebut. Beliau seterusnya menyampaikan ucapan terima kasih kepada Yang Mulia Pemangku Pengarah dan semua Ketua-Ketua Jabatan / Sekolah yang telah memberikan tunjuk ajar, sokongan dan layanan baik semasa berada di Politeknik Brunei. Dayang Nur Asyiqin telah ditugaskan di Jabatan Pengurusan Sumber Tenaga.

     

    Dayang Norhafezah binti Abdul Yazid, wakil daripada IGS, yang telah ditugaskan di Jabatan Pengurusan Kewangan amat gembira telah menjadi sebahagian kepada institusi tersebut. Beliau dan rakan-rakan beliau telah mempelajari mengenai bidang pekerjaan yang baik dari Politeknik Brunei, mendapatkan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang amat bermanfaat. Beliau sebagai wakil IGS turut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Mulia Pmk Pengarah dan Ketua-Ketua Jabatan / Sekolah.

     

 

search

Site Map | Terms of Use | Privacy | Disclaimer

© 2015 Politeknik Brunei. All Rights Reserved.