• ‘ONE DAY FINANCIAL WORKSHOP’ – 4TH BIGSTART COMPETITION 2016

     

     

  • Sabtu, 16 April 2016

     

    Jabatan Pendidikan Kokurikulum Kementerian Pendidikan melalui Unit Akli dengan kerjasama Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri mengadakan ‘One Day Financial Workshop’ – 4th Bigstart Competition 2016. Bengkel tersebut diadakan selama satu hari di Dewan Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri.

     

    Jabatan Pendidikan Kokurikulum akan menganjurkan 4th Bigstart Competition 2016 bagi pelajar-pelajar Sekolah Menengah, Maktab-Maktab dan Pra-Universiti. Bengkel ini diadakan sebelum pertandingan 4th Bigstart diadakan. Pertandingan Bigstart ini merupakan satu projek keusahawanan yang bertujuan untuk mengembangkan kreativiti para pelajar dalam merancang projek yang berbentuk keusahawanan. Ianya juga untuk memperkaya inovasi dan pengambilan risiko bagi mencapai objektif, di samping merebut peluang untuk kemahiran yang lebih khusus dan pengetahuan yang diperlukan dalam mewujudkan aktiviti sosial dan perdagangan.

     

    Para pembengkel yang akan memberi bengkel adalah terdiri dari 8 pensyarah-pensyarah, ‘School of Business’, Politeknik Brunei.

     

    Sebanyak 16 buah sekolah menengah, maktab-maktab dan pra-universiti akan menyertai bengkel ini. Setiap sebuah sekolah akan menghantar empat orang pelajar bersama dua orang guru pengawas.

     

     

     

    Nama Pegawai Penyelaras:

    Dayang Saidah binti Saidin

    Pegawai Pelajaran

    Unit Akli

    Jabatan Pendidikan Kokuriklum

    Kementerian Pendidikan

     

    Disediakan oleh:

    Bahagian Strategik dan Perhubungan Maklumat

    Jabatan Pendidikan Kokurikulum

    Kementerian Pendidikan

 

search

Site Map | Terms of Use | Privacy | Disclaimer

© 2015 Politeknik Brunei. All Rights Reserved.