• MAJLIS PEMBUBARAN DAN PERLANTIKAN AHLI-AHLI BARU MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2015/2016

     

     

  • Selasa , 19 Safar 1437 / 1 Disember 2015

     

    Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Politeknik Brunei disarankan agar sentiasa pandai mengimbangi antara tugas dan peranan sebagai ahli MPP dan juga tanggungjawab selaku pelajar. Pencapaian ahli MPP di bidang akademik adalah sangat penting. Jika ahli MPP dapat mengemudi kedua-dua peranan ini dengan seimbangnya maka mereka boleh dikatakan benar-benar telah berjaya sebagai modal insan yang diimpikan bukan hanya oleh Politeknik Brunei malah oleh negara, bangsa dan agama.

     

    Pemangku Pengarah Politeknik Brunei, Awang Denis Ho Mun Tai selaku tetamu kehormat majlis menyatakan perkara tersebut pada Majlis Pembubaran dan Pelantikan Ahli-Ahli Baru Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2015/2016, yang telah berlangsung di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

     

    Sesi bergambar bersama ahli-ahli baru majlis perwakilan pelajar sesi 2015/2016

     

    Di majlis tersebut, Awang Denis Ho Mun Tai juga menyeru agar barisan MPP baru ini akan lebih bergiat aktif dan melipatgandakan usaha, kerjasama serta inisiatif dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti keugamaan, kerja-kerja sukarelawan dan kemasyarakatan termasuk juga program ‘outreach’ yang selaras dengan misi dan visi politeknik Brunei.

     

    Beliau juga menyarankan agar aktiviti yang diungkayahkan hendaklah tidak mengabaikan unsur-unsur MIB dan tidak hanya terbatas kepada barisan MPP sahaja tetapi juga turut melibatkan pelajar-pelajar lain yang ada di Politeknik Brunei.

     

    Seramai 27 ahli baru telah dilantik bagi menerajui MPP PB bagi sesi 2015/2016. Mereka terdiri 12 ahli Majlis Tertinggi dan 15 daripadanya adalah ketua-ketua di pelbagai Exco masing-masing.

     

    Majlis tersebut juga turut menyaksikan penandatangan penyerahan jawatan dan timbang terima daripada Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Tertinggi MPP Sesi 2014/2015, Awang Mohd Baihaqi bin Hj Mohd Salleh kepada Yang Di-Pertua (YDP) MPP Sesi 2015-2016, Muhammad Sidqil Iman Bin Hj Amirul Azeemy.

     

    Penandatangan penyerahan jawatan dan timbang terima

     

    Penyerahan sijil kepada mantan MPP PB 2014-2015 serta penyerahan lencana kepada Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar 2015-2016 telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Politeknik Brunei.

     

    Turut hadir di majlis tersbeut adalah Pemangku Penolong Pengarah Politeknik Brunei, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar selaku Pengerusi Majlis serta pegawai-pegawai kanan yang lain daripada Politeknik Brunei.

     

 

search

Site Map | Terms of Use | Privacy | Disclaimer

© 2015 Politeknik Brunei. All Rights Reserved.