• Kempen Kesedaran Kebersihan Kebangsaan 2017

     

  • Ahad, 1hb Oktober 2017

     

    Pada 1 Oktober 2017, satu majlis pelancaran bagi Kempen Kesedaran Kebersihan Kebangsaan 2017 telah di adakan di Taman Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan.

     

     

    Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Menteri Pembangunan, dan Yang Berhormat Menteri Kesihatan, sebagai penasihat-penasihat Jawatankuasa Induk Menangani Isu-Isu Kebersihan kebangsaan.

     

     

    Politeknik Brunei, selaku ahli jawatankuasa induk juga turut menyokong matlamat kempen dengan mengadakan pameran mini kegiatan-kegiatan sukarelawan berhubungkait kebersihan yang diungkayahkan oleh kelab sukarelawan COPS. Pameran mempamerkan kegiatan-kegiatan kebersihan yang telah dilaksanakan dan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan akan dilaksanakan bersama jabatan dan agensi-agensi berkenaan.

     

     

     

     

     

 

search

Site Map | Terms of Use | Privacy | Disclaimer

© 2017 Politeknik Brunei. All Rights Reserved.