• MAJLIS SAMBUTAN ISRA MI’RAJ POLITEKNIK BRUNEI 1439H /2018 M

     

  • Sabtu, 21 April 2018 / 06 Sya’aban 1439H

     

    Sempena memperingati peristiwa Isra dan Mi’raj, Politeknik Brunei hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Isra Mi’raj 1439H /2018 M khusus bagi warga Politeknik Brunei yang diungkayahkan oleh Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Brunei.

     

     

    Majlis yang berlangsung di Dewan Kuliah Harvard, Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam, Kg Rimba telah di hadiri oleh Penolong Pengarah Politeknik Brunei, Awang Alias bin Haji Abu Bakar,selaku tetamu kehormat majlis. Turut sama hadir ialah ketua-ketua Jabatan dan Sekolah di bawah kawalan Politeknik Brunei, Pegawai-pegawai kanan, Pegawai –pegawai, Pensyarah-pensyarah dan kakitangan, Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Brunei serta pelajar-pelajar Sekolah Sains Kesihatan Politeknik Brunei.

     

    Majlis sambutan ini adalah merupakan salah satu acara keugamaan tahunan bagi warga Politeknik Brunei. Manakala objektif Majlis diadakan ialah untuk mengambil iktibar dan pengajaran melalui sejarah dan peristiwa agung yang berlaku semasa Isra dan Mi’raj melalui kisah-kisah dan kejadian yang diceritakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallahu Alahi Wassalam, serta mencontohi segala sifat baginda selain menjadikan peristiwa Isra dan Mi’raj sebagai pengajaran dan teladan hidup.

     

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Ak Haji Jamaludin bin Pg Haji Zainal, Pegawai Pendidikan Ugama Politeknik Brunei. Majlis kemudiannya diserikan dengan Ceramah Khas yang bertajuk “Iktibar Peristiwa Isra Mi’raj dari sudut menangani Gejala Sosial di kalangan Belia” yang disampaikan oleh Ustaz Haji Fansuri Sharimi @ Haji Mansur bin Mohammad Ali,Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Dakwah Islamiah.

     

     

    Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenangan kepada penceramah jemputan oleh tetamu kehormat majlis dan bacaaan Doa Selamat.

     

     

     

     

     

     

 

search

Site Map | Terms of Use | Privacy | Disclaimer

© 2016 Politeknik Brunei. All Rights Reserved.