• KURSUS LATIHAN FIRE MARSHAL SELAMA TIGA HARI DI POLITEKNIK BRUNEI, LUMUT DAN LATIHAN DI CAWANGAN BALAI BOMBA OPERASI B, KUALA BELAIT

  •  

    Lumut, Brunei Darussalam

     

    Bergambar ramai bersama dengan Pegawai Pemerintah Balai Bomba Cawangan Operasi B, Kuala Belait.

     

    Seramai 16 orang pensyarah dari Politeknik Brunei telah berjaya lulus dengan kepujian dalam kursus latihan Kebakaran dan Kecemasan (Fire Marshall) yang telah dikendalikan oleh Sekolah Sains dan Kejuruteraan, Politeknik Brunei dengan kerjasama Jabatan Bomba Cawangan Operasi B, Daerah Belait. Kursus latihan tersebut telah diadakan selama 3 hari mulai 20 hingga 22 Oktober 2015.

     

    Antara tujuan program tersebut adalah untuk menilai tahap kecekapan dan sensitiviti warga sekolah institusi tersebut terhadap situasi kecemasan seperti kebakaran.

     

    Cikgu Hj Reizal, Penolong Ketua Sekolah Sains dan Kejuruteraan, Politeknik Brunei tampil membuat latihan memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam kebakaran jenis debu kering.

     

    Dalam program latihan tersebut, para pensyarah telah diberi penerangan mengenai tugas-tugas dan fungsi Jabatan Bomba dan Penyelamat; mengikuti sesi-sesi latihan seperti sesi latihan program kawad kebakaran (fire drill) di Kampus Lumut Politeknik Brunei, dan sesi latihan jasmani dan demonstrasi keselamatan yang dijalankan di Jabatan Bomba Cawangan Operasi B, Daerah Belait, serta menduduki peperiksaan keselamatan dan tatacara pencegahan kebakaran secara bertulis.

     

     

    Kerjasama dan tunjukajar yang telah diberikan oleh Pegawai Balai Puan Azlina binti Haji Adnan dan pegawai-pegawai pasukan Bomba dari Jabatan Bomba Cawangan Operasi B, Daerah Belait memberi semangat kepada para pensyarah untuk lebih peka kepada kepentingan keselamatan khususnya dalam situasi kebakaran dan kecemasan serta reaksi serta merta masing-masing terhadap mencapai piawaian masa yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.

     

    Latihan seperti ini juga telah pernah diadakan bagi pegawai-pegawai di Kampus Utama Bandar Seri Begawan, Politeknik Brunei. Ini menunjukkan keprihatian dan keutamaan pihak Politeknik Brunei kepada memastikan keselamatan warganya dalam segala aspek termasuklah dalam keselesaan pengendalian pengajaran dan pembelajarannya.

     

 

search

Site Map | Terms of Use | Privacy | Disclaimer

© 2015 Politeknik Brunei. All Rights Reserved.