• DeSA MINI EXHIBITION AND FOOD BAZAAR

     

  • Ahad, 27 November 2016

     

    Sekolah Sains dan Kejuruteraan, Politeknik Brunei pada hari ini turut memeriahkan ‘Bandarku Ceria’ dengan mengadakan ‘DeSA Mini Exhibition and Food Bazaar’ bertempat di Pentas Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan. Aktiviti ini telah diungkayahkan oleh Kelab Design Students Association (DeSA) Politeknik Brunei, iaitu sebuah kelab persatuan yang diuruskan dan dijalankan oleh pelajar-pelajar dari jurusan rekabentuk, dan juga pensyarah-pensyarah rekabentuk sebagai penasihat.

     

     

    Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

     

    • (i) Mini pameran hasil karya pelajar-pelajar Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman;
    • (ii) Permainan-permainan mini termasuk pondok gambar dan face painting; dan
    • (iii) Bazaar makanan dan minuman.

     

     

    Antara objektif DeSA Mini Exhibition and Food Bazaar adalah:

     

    • • Mendorong para pelajar untuk berdikari dengan berusaha memulakan perusahaan dan perniagaan   masing-masing.
    • • Meningkatkan kesedaran kepada orang awam untuk menunjukkan bakat-bakat dan kreativiti   pelajar-pelajar dari kursus Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman dari Politeknik Brunei.
    • • Untuk memberikan pengalaman baru dan pengetahuan mengenai kemahiran dan kesedaran kepada   pelajar-pelajar dalam bidang keusahawan.

     

    Kelab DeSA ditubuhkan untuk memperkenalkan kursus Interior Design (Reka Bentuk Dalaman) dan Architecture (Seni Bina) yang ditawarkan oleh Politeknik Brunei bagi program Diploma Level 5 yang sebanding dengan kelulusan Higher National Diploma (HND) kepada orang awam untuk mempamerkan bakat dan kreativiti pelajar dalam kursus-kursus tersebut.

     

     

     

     

     

 

search

Site Map | Terms of Use | Privacy | Disclaimer

© 2016 Politeknik Brunei. All Rights Reserved.