• POLITEKNIK BRUNEI ANJUR BENGKEL DeSA

     

  • Khamis, 18 Mei 2017

     

    Bagi mempamerkan usaha dan rekaan daripada pelajarnya, Politeknik Brunei buat pertama kalinya mengadakan Pameran, Bengkel dan Seminar Persatuan Pelajar Reka Bentuk (DeSA) yang berlangsung di Kementerian Pembangunan, Berakas.

     

     

    Pameran bertemakan ‘ARISE’ dirasmikan oleh tetamu kehormat, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, Haji Amer Hishamuddin bin POKAPDSS Haji Zakaria.

     

    Turut hadir ialah Pengarah Politeknik Brunei, Denis Ho Mun Tai, pengarah-pengarah dari JKR dan Ketua Arkitek Eco Bumi, Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti DSLJ Haji Abdul Rahman.

     

    Penolong Ketua Kuliah Sains dan Kejuruteraan Politeknik Brunei, Haji Muhammad Riezal bin Ali yang juga pengerusi bersama Pameran DeSA dalam ucapan alu-aluannya mengatakan pameran kali pertama itu mempamerkan usaha pelajar Kuliah Sains dan Kejuruteraan dalam jurusan Arkitek dan Rekaan Dalaman pengambilan 5 dan 6 bagi tahun 2017.

     

    Pameran bertujuan mencari dan berkongsi maklumat berkaitan teori, konsep dan falsafah ARISE dalam reka bentuk kreatif dan industri, selain menjadi platform perkongsian pengetahuan kreativiti antara pelajar, profesional dan orang ramai.

     

    Menurutnya lagi, pameran juga menumpukan nilai kepentingan arkitek dan rekaan dalaman yang rumit kepada pelajar dan orang ramai.

     

    Pada pameran itu, tetamu kehormat turut melawat beberapa petak yang menunjukkan hasil kerja pelajar jurusan terbabit.

     

     

     

     

     

 

search

Site Map | Terms of Use | Privacy | Disclaimer

© 2016 Politeknik Brunei. All Rights Reserved.