• MAJLIS PELANCARAN E-LOGBOOK BAGI PROGRAM INTERNSHIP POLITEKNIK BRUNEI

     

  • Sabtu, 24 November 2018

     

    Politeknik Brunei hari ini telah mengadakan Majlis Pelancaran E-Logbook bagi Program Internship di One Stop Centre, Tingkat 2, Kampus Utama, Politeknik Brunei.

     

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Awang Denis Ho Mun Tai, Pengarah Politeknik Brunei. Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Penolong Pengarah Politeknik Brunei, Awang Alias bin Haji Abu Bakar, Jemputan-jemputan khas dari pelbagai Kementerian dan Jabatan dari sektor kerajaan dan swasta.

     

     

    Majlis telah dimulai dengan bacaan Surah Al Fatihah dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Alinorde bin Muhammad Deli, Ketua Jabatan Perkhidmatan Industri, Politeknik Brunei. Majlis Pelancaran E-Logbook telah dirasmikan oleh Tetamu Kehormat Majlis dan seterusnya tayangan video pendek.

     

    E-Logbook merupakan inisiatif Jabatan Perkhidmatan Industri, Politeknik Brunei dalam membantu dalam Pemantauan Latihan Industri Yang Efektif dan Efisyen bersesuaian dengan program bagi pelajar-pelajar yang akan menjalani Latihan Industri tersebut secara online. Pelajar-pelajar juga akan dapat mengisi aktiviti latihan mereka dengan lebih interaktif dan visual. Penyelia-penyelia sama ada dari Politeknik Brunei atau Industri akan lebih mudah untuk mengakses dan memantau aktiviti-aktiviti dan kemajuan pelajaran pada setiap bulan sepanjang latihan ini dijalankan.

     

    Jabatan Perkhidmatan Industri (Industrial Service Department) merupakan salah satu Jabatan di Politeknik Brunei yang bertanggungjawab bagi memproses dan penyediaan penempatan pelajar bagi Latihan Perindustrian atau Internship Programme. Salah satu penyediaan penempatan ini ialah pencetakan buku Logbook bagi setiap pelajar-pelajar yang akan keluar menjalani Latihan Perindustrian tersebut. Proses penyiapan sistem E-Logbook ini merupakan kos efektif dan boleh mengurangkan kos perbelanjaan yang banyak untuk mencetak.

     

    Jabatan Perkhidmatan Industri juga merupakan Jabatan di Politeknik Brunei yang bertanggungjawab bagi mencapai Program Strategik iaitu memperkukuhkan perkongsian di antara Perindustrian dengan Politeknik Brunei yang sejajar dengan Pelan 5 tahun Pembangunan Politeknik Brunei 2020. Diantara kaedah untuk memperkukuhkan hubungan perkongsian ini adalah melalui penglibatan industri dengan program-program pembelajaran yang diadakan di Politeknik Brunei.

     

     

     

     

 

search

Site Map | Terms of Use | Privacy | Disclaimer

© 2016 Politeknik Brunei. All Rights Reserved.