• MAJLIS PERASMIAN PAMERAN TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN ISLAM KALI KE-7 DAN PAMERAN KAUNSELING KELUARGA 2018

     

  • Khamis, 25 Oktober 2018

     

    Politeknik Brunei hari ini telah mengadakan Majlis Perasmian Pameran Tokoh-Tokoh Pendidikan Islam Kali Ke-7 dan Pameran Kaunseling Keluarga 2018 yang dianjurkan oleh Mahasiswi Program Sarjana Pendidikan dan Sarjana Kaunseling, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (SHBIE) Sesi 2017/2018, Universiti Brunei Darussalam dengan kerjasama Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Brunei “di One Stop Centre, Politeknik Brunei, Bandar Seri Begawan.

     

     

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut adalah Yang Mulia Awang Alias bin Haji Abu Bakar, Penolong Pengarah Politeknik Brunei. Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan kata alu-aluan daripada Pengerusi Bersama Pameran Tokoh-Tokoh Pendidikan Islam Kali Ke-7 dan Pameran Kaunseling Keluarga 2018, Yang Mulia Dayang Hajah Nurul Marlini binti Haji Rosli. Majlis tersebut seterusnya diserikan dengan perasmian pameran tersebut yang disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Alias bin Haji Abu Bakar selaku tetamu kehormat majlis.

     

     

    Pameran ini adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi Mahasiswa/Mahasiswi Sarjana Pengajian Islam, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (SHBIE) Universiti Brunei Darussalam sejak tahun 2012. Tahun ini adalah merupakan kali ke-7 ianya diadakan, dan pada tahun ini pameran ini dilaksanakan bersama mahasiswi Sarjana Kaunseling dengan kerjasama Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Brunei. Tema pameran pada tahun ini ialah “Tokoh Pendidikan Islam Dijulang, Keluarga Di Sayang Dan Negara Gemilang” sebagai tanda sokongan kami dalam meningkatkan pendidikan di samping membimbing generasi sekarang untuk menghargai keluarga masing-masing demi menghasilkan sebuah negara yang gemilang.

     

    Pameran ini akan mempamerkan beberapa orang tokoh pendidikan Islam dari negara kita sendiri dan juga tokoh dari luar negara. Ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang tokoh-tokoh pemikir Islam dari sudut pendidikan dan menjadikan mereka sandaran bagi rujukan muktabar dalam ilmu pendidikan. Antara tokoh-tokoh pendidikan Islam yang dipamerkan adalah Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd Jamil Al Sufri (Brunei), Syeikh Muhammad Mutawali As-Sya'rawi, Zainab Al-Ghazali, Abdullah Nasih 'Ulwan dan Mohamed Idris Al-Marbawi.

     

     

    Manakala pameran kaunseling akan mempamerkan kaunseling keluarga untuk memberi pendedahan dan kesedaran mengenai isu kekeluargaan dan ini merupakan salah satu inistiatif ‘out-reach’ kepada warga politeknik khususnya.

     

    Pihak Politeknik Brunei pula akan mempamerkan Pameran “ Implementasi Sejarah Islam Menerusi Module Pendidikan Islam: Menyahut Titah” yang bertujuan untuk turut sama memeriahkan pameran ini, dan memberigakan mengenai akan pelaksanaan salah satu unit dalam module pendidikan Islam iaitu pengajaran dan pembelajaran mengenai sejarah tamadun Islam yang berfokus kepada pengkhususan program atau bidang yang terdapat di Politeknik Brunei iaitu bidang perdagangan, bidang teknonogi maklumat dan komunikasi, sains perubatan dan juga sains dan kejuruteraan, sebagai menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai kepentingan mempelajari sejarah agar subur cinta terhadap ugama. Di samping itu, pihak Politeknik Brunei juga akan mengadakan klinik mahkraj huruf bagi memberi peluang khususnya kepada pelajar untuk memperbaiki dan membetulkan sebutan-sebutan huruf hijaiyyah sesuai dengan tempat keluarnya (makhrajnya) yang mana dimudahcara oleh pensyarah-pensyarah bahagian pendidikan Islam yang berkemahiran

     

    Di samping pameran, orang awam berpeluang untuk ikut serta dalam peraduan kuiz yang dianjurkan serta mengunjungi llinik mengawal kemarahan dan klinik mengawal tekanan juga akan diadakan untuk para pengunjung. Beberapa buah sekolah menengah juga dijemput untuk memeriahkan lagi pameran ini.

     

     

     

     

     

     

 

search

Site Map | Terms of Use | Privacy | Disclaimer

© 2016 Politeknik Brunei. All Rights Reserved.