• Politeknik Brunei Juara Pertandingan Ragbi Sentuh 2017

     

  • Ahad, 15 Oktober 2017

     

    Pada 15 Oktober 2017 berlangsung pertandingan ragbi sentuh anjuran Kelab Ragbi Sentuh, Politeknik Brunei bertempat di padang bolasepak Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama, Berakas.

     

     

    Seramai 9 buah pasukan menyertai pertandingan selama sehari tersebut terdiri dari pasukan-pasukan dari Politeknik Brunei, Universiti Brunei Darussalam, Universiti Teknologi Brunei dan kelab-kelab ragbi sentuh sekitar daerah Brunei Muara.

     

    Pasukan Politeknik Brunei Lightning A telah Berjaya menjadi juara pertandingan bahagian wanita setelah mengalahkan pasukan Vanguards, dari Universiti Teknologi Brunei. Tempat ketiga disandang oleh pasukan SWT dari Universiti Brunei Darussalam.

     

     

    Bahagian lelaki dijuarai oleh pasukan Sharks RFC setelah Berjaya menundukkan pasukan Knights, dan tempat ketiga disandang oleh pasukan Vanguards dari Universiti Teknologi Brunei.

     

    Hadir sebagai tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang ialah, Haji Ehwan Haji Juned, Pemangku Ketua Pusat Perkembangan dan Inovasi Pelajar.

     

     

     

     

     

     

 

search

Site Map | Terms of Use | Privacy | Disclaimer

© 2017 Politeknik Brunei. All Rights Reserved.