• Pelajar kelab sukarelawan PB bersihkan tebing sungai Taman Jubli Perak

     

  • Selasa, 3 Oktober 2017

     

    Sekumpulan sukarelawan dari Kelab COPs, Politeknik Brunei, membersihkan sebahagian kawasan tebing berdekatan Taman Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan sebagai sebahagian daripada program Kempen Kesedaran Kebersihan kebangsaan yang telah dilancarkan pada 1 Oktober 2017 yang lepas. Aktiviti pembersihan tersebut juga dilakukan sebagai satu wadah memberigakan memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang peri mustahaknya kita menjaga kebersihan persekitaran negara terutama tempat-tempat yang menjadi kunjungan dan tumpuan orang ramai dan pelancong di negara ini.

     

     

    Aktiviti pembersihan berjadual itu juga merupakan satu program sukarelawan usahasama Pusat perkembangan dan Inovasi Pelajar dan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, bersempena dengan perayaan jubli emas perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 50 tahun.

     

     

     

     

     

     

 

search

Site Map | Terms of Use | Privacy | Disclaimer

© 2017 Politeknik Brunei. All Rights Reserved.