• MAJLIS KHATAM AL QURAN SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK BRUNEI KE 4

     

  • Khamis, 15 November 2018

     

    Politeknik Brunei petang hari ini telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Brunei Ke-4 Tahun 2018 di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kg Madang/Manggis.

     

     

     

    Majlis Khatam Al-Quran ini adalah salah satu acara kemuncak sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Brunei Kali Keempat Tahun 2018 bagi bakal-bakal graduan pengambilan kelima. Tujuan Majlis Khatam Al-Quran ini diadakan ialah untuk memertabatkan Al-Quran sebagai dasar segala ilmu disamping mengambil sukut barakah Wahyu Allah. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan. Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Pengarah Politeknik Brunei, Awang Denis Ho Mun Tai dan juga Jemputan-jemputan khas yang terdiri daripada Pengarah Pengarah Jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian / Unit di bawah Kementerian Pendidikan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai – pegawai, Pensyarah-pensyarah dan kakitangan, ibubapa/penjaga bakal graduan dan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Brunei.

     

     

    Aturcara Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan selaku tetamu kehormat majlis dan diteruskan dengan pembacaan ayat-ayat Khatam oleh peserta-peserta Khatam. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan bagi semua peserta Khatam oleh tetamu kehormat majlis, dan bacaan Doa Khatam oleh Yang Mulia Ak Adi Nazri Bin Pg Hj Jofri, Graduan program Level 5 Diploma in Business Accounting and Finance. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran yang dibacakan oleh Yang Mulia Tuan Imam Haji Jofri Bin Haji Abidin, Imam Masjid Suri Seri Begawan Pengiran Anak Damit, Kg Manggis/Madang.

     

     

    Seramai 684 orang bakal graduan telah menyertai majlis ini yang terdiri daripada 317 orang pelajar lelaki dan 367 orang pelajar perempuan.

     

    Objektif Majlis Khatam Al-Quran bagi Graduan-Graduan Konvokesyen Politeknik Brunei ialah untuk memertabatkan Al-Quran sebagai dasar segala ilmu di samping mengambil sukut barakah Wahyu Allah Subhanahu Wata’allah.

     

    Majlis Khatam Al Quran tersebut telah diungkayahkan bersama Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama Pusat Perkembangan Pelajar dan Innovasi serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar, yang mana ianya telah dijadikan sebagai acara tahunan kemuncak bagi setiap Majlis Konvokesyen Politeknik Brunei.

     

     

     

     

 

search

Site Map | Terms of Use | Privacy | Disclaimer

© 2016 Politeknik Brunei. All Rights Reserved.