• MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PAMERAN PANTARAN DESIGN STUDENTS ACADEMY (DESA) ARCHITECTURE DAN INTERIOR DESIGN TAHUN 2018

     

  • Khamis, 26 Julai 2018

     

    Politeknik Brunei hari ini telah mengadakan Pameran Pantaran DeSA yang diadakan selama 3 hari ini bermula pada 26 Julai sehingga 28 Julai 2018 dan ianya adalah dibukakan kepada orang ramai. Pameran ini diadakan di Lobby, Bangunan Kementerian Pembangunan, Jalan Pembangunan.

     

     

    Dalam pameran ini, seramai 46 orang pelajar pengambilan ke-5 tahun akhir yang mengikuti kursus Level 5 Diploma in Architecture dan Level 5 Diploma in Interior Design mempamerkan hasil kerja kreatif masing-masing.

     

    Buat pertama kalinya Politeknik Brunei pada tahun ini akan mengeluarkan graduan daripada kursus Level 5 Diploma in Architecture dan kohot ini adalah merupakan pengambilan pertama yang telah menjalani kursus ini selama tiga tahun.

     

    Seramai 12 pelajar daripada pengambilan ke-6 dan ke-7 dalam jurusan yang sama juga turut serta mempamerkan hasil projek mereka. Pelajar-pelajar ini akan mempamerkan hasil kreativiti masing-masing melalui idea mereka sendiri, analisis, penyelidikan dan penjelajahan 2D dan 3D.

     

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan.

     

     

    Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Awang Denis Ho Mun Tai, Pengarah Politeknik Brunei; Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pembangunan; Para jemputan Khas, Penolong Pengarah Politeknik Brunei, ’External Assessors’, Ketua-Ketua Jabatan dan Sekolah Politeknik Brunei, pensyarah-pensyarah serta pelajar-pelajar Politeknik Brunei.

     

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat oleh Awang Faizal bin Janif/Rosli, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al Muhtadee Billah, Kg Tamoi.

     

    Tujuan projek tahun akhir ini adalah untuk menilai keupayaan individu pelajar bagi menangani projek reka bentuk dan seni bina yang komprehensif, realistik dan juga untuk menguji kemahiran, kebolehan pelajar untuk menganalisa dan menyelesaikan masalah dalam reka bentuk.

     

     

    Tajuk pameran projek tahun akhir pelajar-pelajar ini adalah meliputi kediaman, komersial dan rekreasi di Daerah Temburong ia itu di kawasan Bangar, Batang Duri dan Labu Estate. Projek ini melibatkan reka bentuk ruang baru di tapak yang sedia ada di kawasan Daerah Temburong.

     

    Di antara tujuan dan matlamat pemeran ini diadakan ialah untuk:

     

    • 1) Membentuk portfolio pelajar-pelajar ke taraf profesional untuk memenuhi keperluan industri;

    • 2) Membuka peluang pekerjaan kepada pelajar-pelajar dengan kehadiran agensi-agensi dan pakar-pakar dalam bidang yang berkaitan dengan kursus ini yang dijemput hadir ke pameran ini;

    • 3) Memasarkan dan memberi dedahan kepada pelajar-pelajar daripada sekolah-sekolah menengah mengenai kursus Architecture dan Interior Design dan menjana minat mereka dalam bidang ini

    • 4) Membangunkan kreativiti dan kerja berpasukan antara pensyarah dan pelajar melalui kerja projek;     dan

    • 5) Menjalin hubungan yang kukuh dengan pihak industri.

     

    Seramai 10 orang pelajar telah terpilih untuk menerima sijil kecemerlangan pada pagi ini. Pemilihan adalah dibuat melalui kriteria hasil kreativiti, penambahbaikan dan prestasi pelajar berkenaan dan ke atas keberkesanannya kepada keugamaan, kebudayaan, alam sekitar dan inovasi. Pemilihan tersebut telah dibuat oleh external assessors dan pensyarah kursus.

     

    Politeknik Brunei menawarkan program-program diploma selama 3 tahun kepada pelajar yang mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan kredit 5 GCE ‘O’Level berasaskan kepada keperluan subjek yang relevan dan juga kepada pelajar yang mempunyai kelulusan teknikal dan vokasional yang berkaitan semenjak Julai 2015.

     

    Sejumlah dua puluh satu (21) program ditawarkan oleh Politeknik Brunei. Dari jumlah tersebut, Politeknik Brunei menawarkan program Level 5 Diploma, sebanding dengan kelulusan Diploma Kebangsaan Tertinggi (HND), yang ditawarkan di bawah empat (4) sekolah, iaitu Sekolah Perdagangan (School of Business), Sekolah ICT (School of Information and Communication Technology), Sekolah Sains dan Kejuruteraan (School of Science and Engineering) dan Sekolah Sains Kesihatan (School of Helath Sciences).

     

     

     

     

 

search

Site Map | Terms of Use | Privacy | Disclaimer

© 2016 Politeknik Brunei. All Rights Reserved.