• “WALK FOR CHARITY AND FAMILY FUN DAY” SEMPENA KONVOKESYEN POLITEKNIK BRUNEI YANG KE-4, TAHUN 2018

     

  • Ahad, 18 November 2018

     

    Sempena Konvokesyen Politeknik Brunei yang ke-4, Politeknik Brunei hari ini telah mengadakan acara “Walk for Charity and Family Fun Day” 2018 bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

     

    Acara yang diungkayahkan oleh Jabatan Perkembangan dan Innovasi Pelajar (Center for Student Development and Innovation(CSDI)), Politeknik Bunei ini bertujuan untuk warga Politeknik Brunei dan orang awam sama-sama menuju ke arah gaya hidup sihat dan keluarga sihat, memberigakan maklumat mengenai program-program yang ditawarkan oleh Politeknik Brunei, dan seterusnya mempamerkan keusahawanan dan kemahiran pelajar-pelajar Politeknik Brunei serta mengeratkan silaturahim di antara warga Politeknik Brunei dan orang ramai.

     

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw. Turut hadir ialah Ahli-Ahli Lembaga Tadbir Politeknik Brunei, Pengarah dan Penolong Pengarah Politeknik Brunei, ketua-ketua Jabatan, Pusat dan Sekolah, pegawai, pensyarah dan pelajar-pelajar Politeknik Brunei.

     

     

    Acara telah dimulakan dengan senamrobik dan diikuti dengan walkathon amal, “Walk for Charity” yang telah dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Brunei sesi 2018/2019. Selepas walkathon amal, tetamu kehormat dan jemputan-jemputan khas telah melawat pameran-pameran yang telah disediakan oleh Sekolah-Sekolah dan Jabatan-Jabatan Politeknik Brunei serta booth-booth mini “Fun Games” yang telah dikendalikan oleh kelab-kelab Politeknik Brunei.

     

    Selain daripada aktiviti amal “Walk for Charity”, aktiviti-aktiviti lain yang telah memeriahkan acara “Family Fun Day” Politeknik Brunei ini termasuk pameran Mahraj Huruf dan Pemantapan Solat oleh Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Brunei, Pameran Fotografi digital dan cetak oleh pelajar-pelajar Sekolah Info-Komunikasi dan Teknologi, pameran Projek Inkubasi oleh pelajar-pelajar Sekolah Perdagangan di mana pelajar-pelajar telah mempamerkan idea perniagaan mereka dan prototaip seperti perniagaan fesyen, agensi pelancongan dan pertanian. Pelajar-pelajar Sekolah Sains dan Kejuruteraan pula telah mempamerkan Projek-Projek Tahun Akhir mereka termasuk pameran seni bina dan pameran kereta Eco-Shell. Sekolah Sains dan Kesihatan telah mengadakan booth “Breast Cancer Awareness” untuk orang ramai khususnya wanita dan menunjukkan bagaimana membuat pemeriksaan payudara. Pameran burung dan kucing serta booth foto dan henna juga telah diadakan pada acara tersebut.

     

     

     

     

     

 

search

Site Map | Terms of Use | Privacy | Disclaimer

© 2016 Politeknik Brunei. All Rights Reserved.